Aspek |
Penceritaan |
Contoh Petikan |
Watak |
Watak utama dalam cerita sosial 1:
Nenek dan Datuk ialah Alim manakala watak sampingan dalam cerita sosial ini
ialah ibu dan bapa Alim, abang Imran, kak Madinah, Aisyah, datuk dan nenek. |
·
“Hari
ini Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.” ·
“Ibu
dan bapa pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta.” ·
“Abang
Imran dan Kak Madinah juga mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah nenek
dan datuk.” ·
“Aisyah
sibuk mencari permainan yang tertinggal di celah-celah kerusi di dalam
kereta.” ·
“Nenek
dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.” |
Latar Tempat |
1.
Rumah datuk
dan nenek di Kajang. 2.
Tepi
reban ayam dan itik. 3.
Reban
baharu. 4.
Ruang tamu. 5.
Dapur. 6.
Suasana
kampung. |
·
“Alim
akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang.” ·
“Nenek
dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.” ·
“Kelihatan
datuk berdiri di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama.” ·
“Alim
duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak
Madinah dan Aisyah.” ·
“Kelihatan
dari dapur, Alim ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.” ·
“Suasana
kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat.” |
Latar Masa |
30 minit |
·
“Setelah
30 minit perjalanan, mereka pun sampai.” |
Latar Masyarakat |
Sebuah keluarga yang bahagia. |
·
“Alim
akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang. Alim mempunyai dua nenek
dan dua datuk. Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang. Nenek dan
datuk sebelah bapa Alim tinggal di Melaka.” ·
“Suasana
kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat.” |
Emosi Positif |
Alim tertawa bersama abang Imran, kak
Medinah dan Aisyah. |
·
“Kelihatan
dari dapur, Alim ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Mereka tertawa
sambil menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen.” |
Emosi Negatif |
Alim sedih, marah dan menangis. |
·
“Alim
terus keluar mencari-cari ayam dan itik. Alim tidak berjumpa. Alim sedih. Alim
marah. Alim menangis.” ·
“Alim
jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa.
Alim sedih. Alim terus menangis. Alim sangkakan rumah nenek dan datuk sudah
tiada.” |
Thursday, March 25, 2021
BBM3410-2021-MINGGU1B
BBM3410-2021-MINGGU1A
BIODATA DIRI
Assalamualaikum readers. Firstly, saya nak memperkenalkan diri yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogger ni. Okay lah, nama sebenar Nur Suraya binti Sulaiman. Saya merupakan pelajar bidang bahasa di Universiti Putra Malaysia dan no. matrik saya ialah 204114. Kenapa nama blog missBlume? Hehe blume tu perkataan German yang bermaksud bunga. Adakah saya seorang yang minat bunga? Nope. Tak minat bunga pun, suka-suka je letak nama blume sebab macam asthetic. Ok sambung memperkenalkan diri, saya merupakan anak kelahiran Johor. Dilahirkan, membesar dan juga menetap di Johor cuma saya melanjutkan pengajian peringkat Bacelor di Selangor. Kiranya saya memang orang Johor lah senang cerita cuma dalam blog ni tiada lah saya nak mention “eak” hahah. Saya merupakan anak sulung dalam keluarga dan mempunyai empat orang adik, so boleh imagine betapa singa dan rimaunya saya bila kene handle adik-adik yang ramai 😅.
Seterusnya, latar belakang pendidikan saya pula tak berapa menarik tapi saya tetap nak cerita juga hehehe, saya mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Kg Melayu Raya dan bersekolah rendah di SK Melayu Raya, setelah habis pendidikan sekolah rendah, saya menyambung pelajaran di peringkat menengah di SMK Bandar Putra, pada mulanya saya tidak suka belajar di situ kerana saya hendak bersekolah di sekolah berasrama penuh (SBP) tetapi oleh kerana keputusan peperiksaan UPSR saya hanya 3A, saya tidak berpeluang untuk bersekolah di SBP. Namun begitu, SMK Bandar Putra lah yang menjadi sekolah menengah kegemaran saya dan saya sangat rindu akan kenangan sepanjang bersekolah di sana, terutama sekali guru-guru yang pernah mengajar saya. Seterusnya, saya melanjutkan pelajaran di peringkat tingkatan enam di SMK Dato' Bentara Dalam dan disebabkan keputusan peperiksaan STPM saya agak cemerlang, saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat bacelor di Universiti Putra Malaysia 😉.
Hobi saya pula, sejujurnya saya mempunyai banyak hobi hehehe contohnya, memasak, menyanyi, mendengar musik, menonton drama, mendekorasi bilik, dan banyak lagi. sebenarnya, saya hanya melakukan perkara yang saya suka dan dapat menghilangkan stress. Okay lah, sampai di sini sahaja cerita tentang diri saya. See you in the next blog ✌.