Thursday, March 25, 2021

BBM3410-2021-MINGGU1A

 BIODATA DIRI


Assalamualaikum readers. Firstly, saya nak memperkenalkan diri yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogger ni. Okay lah, nama sebenar Nur Suraya binti Sulaiman. Saya merupakan pelajar bidang bahasa di Universiti Putra Malaysia dan no. matrik saya ialah 204114. Kenapa nama blog missBlume? Hehe blume tu perkataan German yang bermaksud bunga. Adakah saya seorang yang minat bunga? Nope. Tak minat bunga pun, suka-suka je letak nama blume sebab macam asthetic.  Ok sambung memperkenalkan diri, saya merupakan anak kelahiran Johor. Dilahirkan, membesar dan juga menetap di Johor cuma saya melanjutkan pengajian peringkat Bacelor di Selangor. Kiranya saya memang orang Johor lah senang cerita cuma dalam blog ni tiada lah saya nak mention “eak” hahah. Saya merupakan anak sulung dalam keluarga dan mempunyai empat orang adik, so boleh imagine betapa singa dan rimaunya saya bila kene handle adik-adik yang ramai 😅. 

    Seterusnya, latar belakang pendidikan saya pula tak berapa menarik tapi saya tetap nak cerita juga hehehe, saya mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Kg Melayu Raya dan bersekolah rendah di SK Melayu Raya, setelah habis pendidikan sekolah rendah, saya menyambung pelajaran di peringkat menengah di SMK Bandar Putra, pada mulanya saya tidak suka belajar di situ kerana saya hendak bersekolah di sekolah berasrama penuh (SBP) tetapi oleh kerana keputusan peperiksaan UPSR saya hanya 3A, saya tidak berpeluang untuk bersekolah di SBP. Namun begitu, SMK Bandar Putra lah yang menjadi sekolah menengah kegemaran saya dan saya sangat rindu akan kenangan sepanjang bersekolah di sana, terutama sekali guru-guru yang pernah mengajar saya. Seterusnya, saya melanjutkan pelajaran di peringkat tingkatan enam di SMK Dato' Bentara Dalam dan disebabkan keputusan peperiksaan STPM saya agak cemerlang, saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat bacelor di Universiti Putra Malaysia 😉.

    Hobi saya pula, sejujurnya saya mempunyai banyak hobi  hehehe contohnya, memasak, menyanyi, mendengar musik, menonton drama, mendekorasi bilik, dan banyak lagi. sebenarnya, saya hanya melakukan perkara yang saya suka dan dapat menghilangkan stress. Okay lah, sampai di sini sahaja cerita tentang diri saya. See you in the next blog ✌. 




No comments:

Post a Comment