ASAS GRAFIK-TEKS (INTERNET)-TAMING SARI
Elemen : Teks (Internet)
Tema : Burger
Huraian
: Gambar ini mengetengahkan elemen teks. Hal
ini kerana, penggunaan saiz font pada teks yang berbeza-beza menarik
tumpuan orang ramai untuk membaca informasi yang ingin disampaikan. Teks yang
digunakan dalam grafik ini juga ringkas dan padat dengan maklumat. Oleh itu,
tumpuan orang ramai akan lebih tertumpuh kepada teks yang dipaparkan.
Rujukan : https://cdn-image.hipwee.com/wp-content/uploads/2020/09/hipwee-bk2-750x422.jpg
Elemen : Teks (internet)
Tema : Promosi jualan
Huraian : Foto di atas jelas memaparkan elemen asas grafik teks yang sangat menonjol
dan menarik. Perkataan ‘MEGA SALE’ yang ditulis lebih besar akan memberi
fokus kepada mata seseorang untuk memahami mesej foto berkenaan, yang sedang
mengadakan promosi jualan secara besar-besaran. Tulisan ‘80% OFF’ dan ‘TODAY
ONLY’ yang berwarna biru gelap dapat ditonjolkan kerana pemakaian latar
yang berwarna putih, yang juga turut membawa mesej penting agar seseorang yang
melihat akan mengetahui jumlah potongan harga yang ditawarkan dan hari potongan
harga itu berlangsung. Dengan melihat pada keseluruhan foto tersebut,
penggunaan tulisan berhuruf besar kesemuannya, dapat memberi isyarat bahawa
foto tersebut bersifat penting dan perlu diberikan perhatian.
Rujukan: https://www.freepik.com/premium-vector/abstract-colorful-sales-banner_5932083.htm
Elemen
: Teks (Internet)
Tema : Alat komunikasi
Huraian : Grafik di atas memberatkan kepada elemen teks. Hal ini demikian kerana, penggunaan jenis fonts yang ringkas serta saiz fonts yang sesuai memudahkan pembeli membaca teks tersebut. Selain itu, mesej pada teks juga memberikan gambaran yang sebenar berkenaan jenama telefon pintar tersebut. Grafik tersebut memberitahu pembeli bahawa telefon pintar tersebut adalah lebih besar berbanding daripada keluaran telefon pintar yang lain.
Rujukan : https://techgreatest.com/wp-content/uploads/2014/09/Screen-Shot-2014-09-09-at-11.40.23-PM.png
Elemen : Teks
Tema
: Kartun
Huraian : Dalam gambar di atas, dapat dilihat bahawa elemen teks yang digunakan dapat menarik individu yang melihat terutamanya kanak-kanak. Ini disebabkan warna dan saiz font yang digunakan menarik minat sesiapa yang melihatnya. Dengan sedikit tambahan di belakang tulisan dapat menaikkan keindahan gabungan warna dan saiz font tersebut. Oleh itu, elemen teks sangat penting jika digunakan di dalam sesuatu gambar untuk menjadikannya lebih menarik.
Rujukan
: https://images.app.goo.gl/T6KeYGWiB52ztye6A
Elemen
: Teks (Internet)
Tema
: Papan tanda
Huraian : Gambar ini menunjukkan papan tanda yang agak
kosong tetapi menarik. Penggunaan teks dan jenis font yang sesuai dapat
menarik perhatian orang ramai untuk membacanya. Selain itu, pemilihan warna
pada teks dan juga latar adalah senada kerana warna latar berjaya menonjolkan
teks. Maka jelaslah, gambar ini menekankan elemen teks untuk menyampaikan mesej
kepada orang ramai yang melihatnya.
Rujukan : https://goodmockups.com/free-wall-mounted-signage-board-on-building- logo-mockup-psd/amp/
Elemen
: Teks
Tema : Grafik
Huraian : Gambar ini dipilih sebagai elemen teks kerana
saiz font yang berbeza dan bentuk teks yang sedikit bengkok namun masih
mudah untuk dibaca. Kombinasi saiz font yang berbeza-beza menarik
perhatian orang ramai untuk membacanya. Hal ini kerana, gambar ini mengetengahkan
elemen teks untuk menyapaikan mesej. Oleh itu, pemilihan teks yang bebeza saiz
dan jenis font mampu menyapaikan mesej dengan sempurna.
Rujukan:https://th.bing.com/th/id/OIP.eOPlV1E5ZqeDLfn370d-IgHaKT?w=182&h=254&c=7&o=5&pid=1.7
Elemen
: Teks
Tema
: Qoute
Huraian : Gambar papan iklan di atas mempunyai elemen
teks. Hal ini kerana jenis dan saiz font serta warna font yang
dipilih dalam persembahan grafik sangat sesuai. Selain itu, pemilihan jenis,
saiz dan warna font yang sesuai memudahkan seseorang untuk membaca teks
tersebut dengan sekali pandang semasa di atas jalan raya. Seterusnya, pemandu
kereta juga dapat membaca teks pada papan iklan tersebut dengan jelas semasa
memandu.
Rujukan : https://www.paradiseoutdoor.com.au/extras/graphic-design/billboard-design/
Elemen : Teks
Tema : Papan iklan
Huraian : Gambar tersebut mengetengahkan
eleman teks. Gambar yang dipaparkan
menggunakan satu jenis font dan satu warna sahaja. Selain itu,
gambar tersebut mempunyai dua bentuk saiz teks. Hal ini dikatakan demikian
kerana, gambar tersebut lebih memfokuskan teks Pepsi. Oleh itu, pemilihan saiz
teksnya lebih besar daripada yang lain.
Elemen :
Teks (internet)
Tema : Alam Sekitar
Huraian : Gambar tersebut menunjukkan elemen asas grafik
teks. Hal ini kerana terdapat penggunaan teks ‘Save the Earth. Go Green’
yang ringkas. Penggunaan jenis dan saiz font juga dalam teks ini juga sesuai untuk
menarik minat pengguna agar membacanya. Kandungan teks juga mudah untuk
difahami walaupun ringkas, berbanding dengan kandungan teks yang lebih padat.
Oleh itu, teks ini sesuai untuk digunakan di samping penggunaan warna dan
grafik alam sekitar yang akan meningkatkan pemahaman pengguna terhadap mesej
yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut.
Rujukan :
https://images.app.goo.gl/2dtiSm1kRcG13Cw67
Elemen : Teks
Tema : Makanan dan minuman
Huraian : Gambar di atas menunjukkan iklan yang dikeluarkan oleh syarikat makanan segera yang terkenal di setiap pelusuk dunia. Setiap satu gambar yang dipamerkan bersama teks, memudahkan orang ramai melihat dan memahami isi kandungan poster tersebut. Kehadiran kombinasi penggunaan teks dari segi font dan saiz font menonjolkan lagi mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu, gambar ini mengetengahkan elemen teks untuk menarik minat orang ramai.
ASAS GRAFIK- TEKS (AMBIL SENDIRI)-TAMING SARI
Elemen : Teks (Ambil sendiri)
Tema : Muzik
Huraian : Gambar ini mengetengahkan elemen teks. Hal ini kerana, teks yang digunakan dalam gambar ini ringkas dan mudah difahami. Penggunaan saiz font pada teks “Listen Music” yang berbeza-beza menarik tumpuan orang ramai untuk membaca dan memahami mesej yang disampaikan. Oleh itu, tumpuan orang ramai akan lebih tertumpuh kepada teks yang dipaparkan sebelum melihat pada watak lain yang hadir.
Elemen : Teks (ambil sendiri)
Tema : Buku
Huraian : Foto kulit buku di atas lebih
memfokuskan elemen asas grafik teks. Tulisan tajuk pada bahagian atas buku
ditulis dengan saiz yang besar agar mudah seseorang memahami mesej yang ingin
disampaikan di dalam buku berkenaan. Pemilihan warna gelap pada tajuk tulisan
dapat dilihat dengan jelas, disebabkan pemilihan warna latar yang bersifat
terang. Namun begitu, pemilihan teks yang berwarna merah muda dan biru muda
digunakan adalah bertujuan untuk menepati warna pada dua karakter manusia yang
berbeza iaitu, ‘confident’ dan ‘nervous’ pada gambar seorang
lelaki di dalam buku berkenaan. Tulisan berrwarna putih pada bahagian bawah
kulit buku yang memaparkan nama penulis pula, terlihat dengan sangat jelas
kerana latar tulisan berwarna gelap.
Elemen : Teks
Tema
: Buku
Huraian
: Imej di atas memberatkan pada elemen teks yang terdapat pada novel. Hal
ini demikian kerana, penggunaan saiz teks yang sesuai pada tajuk dan nama
penulis memudahkan orang memahami secara terus tajuk novel tersebut. Bukan itu
sahaja, penggunaan jenis fonts pada tajuk dan nama penulis juga
dibezakan untuk membuatkan pembaca mudah mengetahui tajuk kepada novel
tersebut. Oleh yang demikian, penggunaan jenis fonts dan saiz fonts
memeainkan peranan penting dalam suatu asas grafik.
Elemen
: Teks
Tema
: Buku
Huraian : Dalam gambar di atas, dapat dilihat bahawa elemen teks yang digunakan terhadap muka hadapan sebuah buku dapat memberitahu pembaca bahawa warna dan saiz font yang digunakan sesuai dengan buku ilmiah tersebut. Ini menjadikan elemen tersebut mdapat membantu menarik minat seseorang untuk membacanya. Dengan sedikit imej yang terdapat di belakang tulisan dapat menaikkan keindahan gabungan warna dan saiz font tersebut. Oleh itu, elemen teks sangat penting apabila digunakan untuk dijadikan muka hadapan sesebuah buku khususnya supaya buku tersebut lebih menarik.
Elemen : Teks (Ambil sendiri)
Tema : Gajet
Huraian : Gambar ini jelas menunjukkan elemen teks. Hal ini kerana, pencahayaan yang baik daripada laptop serta penggunaan saiz font yang agak besar menonjolkan lagi elemen teks. Tambahan juga, pemilihan warna font yang terang dapat menarik perhatian orang yang melihatnya. Kedudukan teks pada bahagian tengah gambar merupakan salah satu daya tarikan gambar ini.
Elemen
: Teks
Tema
: Pencahayaan
Huraian : Gambar ini dipilih sebagai elemen teks kerana
tulisan ‘BOOKS BOOKS BOOKS’ begitu menyerlah. Pencahayaan, latar
belakang, dan warna berupaya menjadikan teks dan wajah sebagai watak dalam
gambar ini. Hal ini membantu penyampaian mesej agar orang lain tertarik untuk
membacanya. Oleh itu, kombinasi warna, latar mampu menonjolkan lagi elemen
teks.
Elemen
: Teks
Tema : Qoute
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen teks. Hal ini kerana jenis dan saiz font serta warna font yang dipilih dalam persembahan grafik sesuai. Selain itu, pemilihan jenis, saiz dan warna font yang sesuai memudahkan seseorang untuk membaca teks tersebut dengan jelas tanpa kekeliruan. Seterusnya, seseorang juga dapat memfokuskan teks di dalam gambar tersebut dengan sekali pandang.
Elemen : Teks (Ambil sendiri)
Tema : Produk wanigan
Huraian : Gambar ini lebih
memfokuskan kepada elemen teks. Hal ini dikatakan demikian kerana, kehadiran teks yang berbeza jenis font,
saiz teks dan warna teks yang terpapar pada gambar tersebut. Saiz teks pada
gambar tersebut lebih memfokuskan nama produk iaitu SugarBomb berbanding
dengan nama jenis wangiannya (Mystery Manggo). Oleh itu, elemen teks
yang digunakan dalam gambar ini mampu menyampaikan mesej dengan jelas.
Elemen : Teks (Gambar Sendiri)
Tema : Kalendar
Huraian : Gambar tersebut menjelaskan elemen asas
grafik teks. Hal ini kerana terdapat kepelbagaian saiz dan font yang digunakan dalam kalendar tersebut. Kepelbagaian teks ini
penting untuk memastikan setiap tarikh dan hari jelas untuk dilihat walaupun
dari jarak jauh. Saiz font yang
berbeza juga digunakan untuk menyatakan hari peristiwa penting dalam bulan
tersebut. Teks dalam kalendar ini juga dibezakan dengan penggunaan elemen warna
yang berbeza untuk membezakan hari minggu dan hari biasa.
Elemen : Teks
Tema : Minuman
Huraian : Gambar ini menonjolkan elemen teks untuk
menyampaikan mesej. Tulisan pada bekas air dalam gambar di atas menunjukkan
nama syarikat minuman tersebut. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan jenama
mereka dan memastikan tidak ada pihak yang mengaku bahawa jenama mereka
mendapat tempat di hati ramai orang. Penggunaan teks yang berbeza saiz dan
font menarik tumpuan orang ramai untuk membacanya. Oleh itu, elemen ini
berjaya menonjolkan mesej kepada orang ramai.
KETUA KUMPULAH : NURUL SAHADA BINTI SAIDIN
(204111)
PENOLONG KETUA: TUAN NOR MUNIRAH BINTI TUAN ABDULLAH (203928
No comments:
Post a Comment