Celik Bahasa Isyarat
Nur Suraya binti Sulaiman - 204114
Rancangan sembang tamu “Celik Bahasa Isyarat” menerusi Studio
Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 6 April 2021 (Selasa) oleh Prof. Dr
Normaliza Abd Rahim merupakan sebuah perkongsian tentang kepentingan
mempelajari bahasa isyarat. Bahasa isyarat merupakan satu komunikasi yang
digunakan untuk berkomunikasi dengan manusia normal atau dengan manusia yang
kelainan upaya. Bahasa isyarat bukanlah hanya dikhaskan untuk orang kelainan
upaya namun ia juga perlu dipelajari oleh orang yang normal supaya dapat
berkomunikasi dengan semua golongan masyarakat terutama sekali dengan orang
yang kelainan upaya (pekak dan bisu). Walau bagaimanapun, bahasa isyarat juga
boleh diaplikasikan oleh orang yang normal apabila mengalami sakit tekak dan
juga boleh diaplikasikan semasa berbual dengan rakan dan juga ahli keluarga
agar bahasa isyarat itu dapat praktikkan selalu. Terdapat pelbagai medium yang
boleh digunakan untuk mempelajari bahasa isyarat, contohnya belajar bahasa isyarat
daripada aplikasi Twitter, Youtube dan sumber sahih yang lain. Setiap
masyarakat perlulah sedar betapa pentingnya mempelajari bahasa isyarat dan cakna
dengan bahasa isyarat. Antara kepentingannya, kita dapat berinteraksi dan
memahami maklumat dan mesej yang hendak disampaikan oleh mereka yang kelainan
upaya, iaitu pekak dan bisu. Apabila kita mempelajari bahasa isyarat, mereka
tidak berasa keseorang dan mereka masih dapat berbual dengan orang normal
dengan menggunakan bahasa isyarat. Umur bukanlah penghalang bagi seseorang itu
jika mahu mempelajari bahasa isyarat, yang penting ialah kemahuan, keinginan
dan usaha untuk mempelajari bahasa isyarat. Jika ada kemahuan dan usaha, maka
segala halangan yang muncul akan sedaya upaya diatasi.
Rujukan (link video): https://youtu.be/-h5hlplln24
Kredit: DBPMalaysia
Kehadiran
No comments:
Post a Comment