CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Penerbit Universiti Terengganu Malaysia.
Cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Alim yang pemurah dan baik hati. Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim membeli buah-buahan dari pasar tani kerana Alim, abang Imran, kak Medinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Antara buah-buahan yang dibeli ialah rambutan, durian, manggis, langsat, dan duku. Semasa Alim dan keluarganya ingin menikmati buah-buahan tersebut, Alim meminta izin ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan yang dibeli oleh bapanya kepada Sulaiman kerana ibu bapa Alim selalu berpesan supaya berkongsi rezeki dengan orang lain adalah satu perkara yang baik. Selepas itu, Alim pun memberi satu plastik yang berisi buah-buahan kepada Sulaiman, Alim berasa gembira kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain. Selepas selesai menikmati buah-buahan tempatan, Alim menolong ahli keluarganya mengemas rumah, dia membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Semasa Alim membuang sampah di luar, dia terserempak dengan ibu Sulaiman, iaitu Mak Cik Timah, Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah-buahan kepada anaknya. Alim memberitahu Mak Cik Timah bahawa berkongsi itu perbuatan yang baik dan perlu berbuat baik dengan jiran. Kata-kata Alim itu telah membuatkan Mak Cik Timah sebak dan gembira kerana Alim sangat baik dan mahu berkawan dengan anaknya, Sulaiman. Selepas perbualan tersebut, Alim pun pulang ke rumahnya dan Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.
Kehadiran
No comments:
Post a Comment