Monday, May 17, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT

 Video Setempat

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Video setempat merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat dan suara latar merupakan suara individu yang merekod video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dalam video tersebut terhadap perkara yang berlaku pada masa video itu direkod.

Langkah untuk membuat video setempat ialah dengan merakam video dalam situasi yang sama atau tidak beralih tempat. Seterusnya, orang yang merakam video akan menyertakan penceritaan dengan humor yang berlaku pada masa itu. Selain itu, orang yang merakam akan merakam objek atau manusia yang ada disekelilingnya tanpa beralih tempat. Di samping itu, video yang dirakam tidak mempunyai wajah orang yang merakam video tersebut tetapi hanya suara orang tersebut yabg ada dalam video. Video setempat lazimnya berdurasi kurang dari empat minit.


Kehadiran




No comments:

Post a Comment