ASAS GRAFIK – MUDAH (INTERNET) – TAMING SARI
Elemen : Mudah
Tema :
Haiwan
Huraian : Gambar ini mudah untuk difahami tanpa sebarang kekeliruan kerana gambar
ini hanya menunjukkan gambar seekor kucing. Gambar ini memberi pemberatan hanya
kepada seekor kucing disebabkan latar yang digunakan tidak memberi sebarang
pemberatan hanya untuk keindahan gambar. Hal ini memudahkan individu yang
melihat mengetahui mesej yang mahu disampaikan iaitu seekor kucing. Oleh itu,
gambar ini mempunyai elemen mudah yang dapat dikenal pasti oleh individu yang
melihat berkaitan dengan mesej yang mahu disampaikan.
Rujukan : Https://Images.App.Goo.Gl/4sujejdsdp3ys3zr6
Elemen : Mudah
Tema : Minuman
Huraian : Gambar ini sangat ringkas dan mudah
difahami oleh orang ramai. Bentuk serta
jenama jelas mengambarkan sebotol air mineral yang tidak asing dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Penggunaan warna serta bentuk yang sederhana kecil
dapat menarik minat orang ramai. Maka jelaslah, gambar ini mempertengahkan
elemen mudah.
Elemen
: Mudah
Tema
: Filem
Huraian :
Berdasarkan grafik di atas, elemen yang diketengahkan ialah elemen mudah. Hal
ini kerana, penonton akan mudah memahami mesej atau idea yang ingin ditonjolkan
di dalam grafik tersebut tanpa kekeliruan. Grafik tersebut menunjukkan gambar
seorang budak perempuan dengan muka mengerikan berlatar belakangkan anak-anak
patung yang seram. Secara sekilas lalu, penonton akan mengetahui bahawa grafik
tersebut adalah sebuah poster untuk filem seram.
Elemen :
Mudah
Tema :
Makanan
Huraian : Gambar sebotol Nutella di atas
menunjukkan elemen asas grafik mudah. Hal ini
kerana gambar tersebut sudah memberikan maksud yang jelas tanpa sebarang
mesej yang padat. Gambar ini juga mudah dikenali ramai kerana Nutella merupakan
antara produk makanan yang terkenal. Tanpa mesej yang berat, seseorang sudah
mampu memahami gambar tersebut dari segi
jenama, cara makan dan sebagainya.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/AF2JK7qvngNGShD36
Elemen : Mudah
Tema : Kenderaan
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen asas
grafik mudah. Hal ini kerana seseorang mudah untuk melihat dan memahami sesuatu
mesej yang terdapat dalam gambar tersebut tanpa sebarang kekeliruan. Gambar di
atas merupakan sekeping foto sebuah kereta berwarna kuning yang terletak di
ruang yang berwarna putih. Dengan itu, seseorang seseorang yang melihat foto
tersebut akan memahami bahawa foto itu ialah sebuah kereta berwarna kuning.
Elemen : Mudah
Tema : Dompet
Huraian : Gambar di atas adalah ringkas dan mudah
untuk difahami. Logo yang tertera pada dompet tersebut menunjukkan bahawa ianya
adalah jenama yang terkenal dan mempunyai banyak peminat. Peminat logo ini tahu
bahawa dompet ini direka khas untuk lelaki. Namun ada juga peminat dompet
berjenama ini yang terdiri dari para wanita.
Rujukan : https://shopee.com.my/product/29993877/3436627670?smtt=0.11105145-1617378909.3
Elemen :Mudah
Tema :
Makanan
Huraian : Gambar
aiskrim coklat di atas menunjukkan elemen asas grafik mudah. Hal ini
kerana, dengan hanya sekali pandang sahaja, seseorang itu akan dapat mengetahui
bahawa objek yang dilihat merupakan makanan, iaitu ais krim coklat. Foto
aiskrim yang jelas, dengan warna coklat yang lebih pekat daripada warna latar,
akan lebih memudahkan seseorang itu memahami mesej yang ingin disampaikan.
Meskipun, hanya dengan seimbas lalu, seseorang itu pasti akan dapat tangkap apa
yang dilihatnya tanpa sebarang kekeliruan.
Rujukan : https://www.behance.net/gallery/18184625/CGI-Magnum-Almond
Tema : Kasut
Huraian : Gambar ini sangat ringkas dan mudah
difahami. Hal ini kerana, kehadiran watak mampu menyatakan maklumat tersirat.
Gambar ini juga tidak memerlukan teks yang banyak kerana dengan menyatakan
jenama kasut iaitu Adidas membolehkan orang mengetahui bahawa gambar ini
berkaitan kasut bola. Oleh itu, gambar ini mengetengahkan elemen mudah untuk
menyampaikan mesej.
Rujukan : https://www.prodirectsoccer.com/productimages/V3_1_Main/130678.jpg
Elemen :
Mudah
Tema
: Pakaian
Huraian : Gambar tersebut mengetengahkan elemen
mudah. Gambar yang dipaparkan mudah difahami dan ringkas dari segi penyampaian
mesej dalam bentuk grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemilihan grafik
yang memaparkan bentuk baju memudahkan untuk menyampaian mesej secara ringkas
dan mudah difahami. Oleh itu, gambar yang berbentuk baju ini mengandungi elemen
mudah.
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Huraian
: Gambar ini mengetengahkan elemen mudah. Gambar ini dikategorikan
sebagai elemen mudah kerana terdapat petunjuk tentang mesej gambar iaitu keju
dan biskut. Jadi sudah semestinya ini ialah iklan biskut keju. Saiz keju yang
lebih besar berbanding saiz biskut
memberi mesej kepada pengguna bahawa produk biskut mereka mempunyai rasa
keju yang lebih banyak berbanding produk biskut keju yang lain.
ASAS GRAFIK – MUDAH (GAMBAR SENDIRI) – TAMING SARI
Elemen : Mudah
Tema :
Haiwan peliharaan
Huraian : Gambar ini mudah untuk difahami tanpa
sebarang kekeliruan kerana gambar ini menunjukkan gambar seekor kura-kura.
Gambar ini memberi pemberatan hanya kepada seekor kura-kura disebabkan latar
yang digunakan tidak memberi sebarang pemberatan hanya untuk keindahan gambar.
Hal ini memudahkan individu yang melihat mengetahui mesej yang mahu disampaikan
iaitu seekor kura-kura. Oleh itu, gambar ini mempunyai elemen mudah yang dapat
dikenal pasti oleh individu yang melihat berkaitan dengan mesej yang mahu
disampaikan.
Elemen : Mudah
Tema : Pelitup Muka
Huraian : Elemen yang terdapat di dalam gambar ini
ialah elemen mudah. Hal ini demikian kerana, gambar ini sangat ringkas dan
mudah difahami tanpa kekeliruan. Gambaran grafik pelitup muka di luar kotak
menyerlahkan lagi mesej yang hendak disampaikan. Seseorang yang melihat gambar
ini akan mengetahui bahawa gambar ini ialah sebuah kotak yang mengandungi
topeng pelitup muka.
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Huraian : Elemen yang terdapat di dalam gambar di atas ialah elemen mudah. Apabila melihat gambar tersebut, seseorang mengetahui bahawa gambar tersebut adalah gambar makanan, iaitu sate. Maka, mesej yang hendak disampaikan iaitu makanan, dapat ditafsir dan diterima dengan baik oleh orang yang melihat. Oleh yang demikian, gambar ini dikatakan elemen mudah kerana mesej dapat disampaikan tanpa sebarang kekeliruan.
Elemen : Mudah (Ambil sendiri)
Tema : Ubat-ubatan
Huraian:
Gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami. Hal ini kerana, kehadiran
watak lima biji pil mampu menerangkan mesej dalam gambar. Gambar ini menarik
perhatian orang yang melihatnya kerana tumpuan penglihatan orang lain akan
menjurus kepada watak pil yang hadir. Oleh itu, gambar ini mengetengahkan
elemen mudah untuk menyampaikan mesej.
Elemen :
Mudah
Tema
: Perhiasan Wanita
Elemen : Mudah
Tema : Perkakas Dapur
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen asas
grafik mudah. Hal ini kerana seseorang mudah untuk melihat dan memahami sesuatu
mesej yang terdapat dalam gambar tersebut tanpa sebarang kekeliruan. Gambar di
atas merupakan sekeping foto sebiji cawan berwarna pink dan maroon serta
bercorak hati yang terletak di atas permukaan kayu. Dengan itu, seseorang yang
melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto itu ialah sebiji cawan berwarna
merah jambu dan maroon serta bercorak
hati.
Elemen : Mudah
Tema : Produk Kecantikan
Huraian :
Berdasarkan imej di atas, elemen yang diketengahkan ialah elemen mudah. Imej di
atas menunjukkan sebuah botol kaca berwarna putih pekat bersebelahan dengan
sebuah kotak yang mempunyai jenama yang sama dengan produk tersebut. Maka, apabila seseorang melihat sepintas lalu imej
yang ditunjukkan, orang akan mengetahui bahawa imej tersebut adalah sebuah
botol produk kecantikan. Oleh itu, seseorang dapat mengetahui mesej yang
disampaikan oleh gambar tersebut tanpa kekeliruan.
Elemen : Mudah (Gambar sendiri)
Tema : Produk Rumah
Huraian :Gambar tersebut menunjukkan elemen mudah. Hal ini dikatakan
demikian kerana seseorang akan terus mengetahui bahawa gambar tersebut adalah
sebuah bekas untuk menyimpan makanan. Bekas tersebut juga menarik kerana
mempunyai banyak rupa warna yang
menyerlah di sekeliling permukaannya. Gambar yang mudah ini tidak memerlukan
orang untuk berfikir lama bagi mengetahui fungsinya. Dengan sekilas pandang,
pengguna akan mengetahui tentang cara penggunaan dan jenamanya yang tersendiri.
Elemen : Mudah (ambil sendiri)
Tema : Teknologi
Huraian : Elemen asas grafik yang paling menonjol di dalam foto di atas ialah elemen mudah. Foto headphone yang dipaparkan kelihatan jelas kerana saiz headphone di dalam gambar adalah lebih besar berbanding dengan teks yang dipaparkan. Hanya dengan sekali pandang, seseorang yang melihat foto ini, pasti akan faham maksud yang ingin disampaikan iaitu fungsi ‘headphone’ itu sendiri sebagai alat untuk mendengar muzik tanpa gangguan persekitaran. Foto di atas menunjukkan elemen mudah juga kerana ianya mudah difahami dan tidak memerlukan pemikiran yang panjang ketika seseorang itu melihatnya.
Elemen : Mudah
Tema : Pakaian
Huraian : Gambar ini mengetengahkan elemen mudah. Latar warna nude bersama sepasang kasut tinggi berwarna putih menyerlahkan lagi subjek gambar ini. Apabila seseorang melihat gambar ini, dia mengetahui bahawa gambar tersebut ialah gambar sepasang kasut berwarna putih berkilauan. Bukan itu sahaja, gambar ini kelihatan ‘mudah’ kerana konsepnya yang ringkas membolehkan gambar ini mudah untuk difahamkan.
KETUA KUMPULAN : NUR AQILAH BINTI SEPUAN (202966)
PENOLONG KETUA : NOR FATIN SURAYA NABILLA BINTI RAHIMI
(203924)
No comments:
Post a Comment