DILEMA PENGEMBARA
Rancangan sembanh ilmu Dilema Pengembara oleh Dr. Siti Nur Aliaa Roslan merupakan perkongsian ilmu tentang pengalaman seorang pengembara. Pengembaraan bukan sekadar mengembara di luar negara malah seseorang yang keluar daripada zon selesa atau tempat tinggal dan pergi ke tempat baharu juga dipanggil pengembara. Pengembaraan ialah apabila kita keluar daripada zon selesa dan pergi ke tempat yang baru dan asing. Dari situ lah kita akan cuba masuk ke dalan zon baharu tanpa mengubah diri kita. Semasa mengembara, kita perlu positif tetapi perlu sentiasa berjaga-jaga. Contohnya, kita perlu sentiasa mencari maklumat tentang sesuatu tempat yang hendak dituju. Seterusnya, kita perlu berani mencuba perkara baharu seperti makanan, dan bahasa baharu walaupun tidak dapat menguasai sepenuhnya bahasa tempat-tempat yang dituju. Untuk mengembara, terdapat banyak tempat yang boleh diterokai walaupun ianya di sebelah rumah tetapi ia dapat mengembangkan minda. Seterusnya, cara atau perkara penting yang kita perlu lakukan untuk menyesuaikan diri di tempat asing, kita perlulah sentiasa belajar berkomunikasi dengan masyarakat tempatan sesuatu kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment